Yusri pilih kemudi The City Boys 

Oleh Staff Writer 5 Disember 2018 3101
Yusri pilih kemudi The City Boys 
Bekas pengendali Kelantan, Yusri Che Lah, menamatkan teka-teki mengenai hala tujunya musim depan apabila sah bergelar ketua jurulatih Kuala Lumpur bagi musim 2019.

Yusri menandatangani kontrak di pejabat Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) hari ini sambil disaksikan setiausaha agungnya, Nokman Mustaffa.

Dia bakal membimbing skuad The City Boys dengan ikatan kontrak selama setahun, secara tidak langsung menolak tawaran diberikan Kelantan.

Bekas pemain tengah kebangsaan itu mengakui mengambil masa yang lama ketika meneliti tawaran Kuala Lumpur sebelum mendapat jawapan selepas pulang daripada mengerjakan umrah, Ahad lalu.

"Saya telah memberi kata putus kepada Kuala Lumpur untuk bersama dengan mereka.

"Saya juga ingin berterima kasih kepada Kelantan kerana saya diperlihatkan dalam kancah Liga Malaysia. 

"Terima kasih kepada Presiden (KLFA), Datuk Seri Adnan Md Ikshan, kerana memilih saya sebagai ketua jurulatih Kuala Lumpur," ujarnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen