UiTM tidak boleh leka, kata Bernhardt

Oleh Shaiful Shamsudin 21 Februari 2020 285
UiTM tidak boleh leka, kata Bernhardt
Pendatang baru Liga Super, UiTM FC, menyasarkan kedudukan lapan terbaik dalam penyertaan sulung mereka dalam kelompok elit musim ini.

Itu hasrat pengendali pasukan, Frank Bernhardt, yang tidak rela melihat anak buahnya mengambil mudah setiap perlawanan meskipun pertama kali beraksi dalam Liga Super. 

Fokus utama skuad The Lions Troops ketika ini lebih tertumpu kepada corak permainan yang lebih berkeamatan tinggi untuk kekal konsisten sepanjang musim. 

"Setiap perlawanan mencabar dan sukar.

"Kami perlu menghadapi satu persatu perlawanan.

"Kami perlu kerahkan segala kudrat dan akan melihat hasilnya kelak," kata jurulatih dari Jerman itu kepada Norhalizah Hamzah dalam Majlis Perkenalan Pasukan Dan Jersi di Shah Alam, hari ini.





Pengurusan kelab itu turut mendapatkan penajaan Malaysian Airlines (MAS) selaku penaja utama bagi mengharungi saingan musim ini dengan UiTM bakal bertemu Melaka United sebagai perlawanan pembuka tirai pada 29 Februari ini di laman lawan.

"Kami mendapat bantuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sumber dalaman dan tajaan seperti MAS. 

"Kami cuba menggunakan bajet seminima yang mungkin," kata Presiden UiTM FC, Profesor Dr. Azizan Abdullah.


UiTM, "Liga Super", "Liga-M", "Frank Bernhardt", "The Lions Troops", "Melaka United"

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen