'Ubi' Felda United bakal hilang arah tuju 

Oleh Shaiful Shamsudin 8 Oktober 2020 737
 'Ubi' Felda United bakal hilang arah tuju 
Felda seharusnya memikirkan dua kali untuk menarik diri daripada saingan Liga Super biarpun setelah bertungkus-lumus membina reputasi yang semakin menggerunkan lawan. 

Rentetan daripada keputusan drastik pihak pengurusan yang baru, tindakan itu meletakkan akademi Felda United kini dalam situasi tiada hala tuju. 

Sedangkan akademi itu menjadi 'kilang' kepada kelahiran ramai pemain-pemain bola sepak dalam kalangan anak-anak gagasan Felda.

Hampir 100 penuntut akademi itu yang diambil dari segenap wilayah Felda di seluruh negara, bermula dari umur 13 hingga 17 tahun bakal hilang arah  jika pembubaran pasukan berkenaan benar-benar berlaku.

"Mengikut pemerhatian saya, ada pergelutan kuasa yang menyebabkan keputusan-keputusan yang diambil Felda United boleh dipersoalkan," kata bekas Pengarah Teknikal The Fighters, Rosli Hussein. 

"Pemain dalam akademi tiada tempat untuk dituju. Harapan mereka sebelum ini selepas (program) akademi dan Piala Presiden maka bolehlah mereka menyertai Felda United. 

Ketika ini, skuad utama kepimpinan Nidzam Jamil itu mengetengahkan lima pemain yang terdiri daripada anak jati Felda yang terdiri daripada penjaga gol, Muhaimin Mohamad; 
Haziq Puad, Azarul Nazarith serta Ezanie Mat Salleh (pertahanan) sementara Muhammad Norazwan (pemain tengah). 

"Sangat kecewa kerana tiba-tiba pasukan ini tutup. 

"Jadi saya perlu bersedia dengan apa jua yang terjadi.

"Hasrat saya untuk menjadi contoh kepada pemain akademi dan anak Felda yang lain bahawa kami berpeluang membarisi skuad utama nampaknya terpadam," kata Azarul.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen