Pasukan Liga Super, Terengganu FC (TFC), mencuri tumpuan dengan memperkenalkan jersi baharu edisi terhad yang akan mula berada di pasaran esok.

Menerusi hantaran di laman media sosialnya siang tadi, jersi yang turut dikenali sebagai edisi 'blackout' itu hanya dihasilkan sebanyak 1,000 helai untuk peminat TFC.

Menggunakan warna hitam 'Onyx', jersi berkenaan turut menggunakan sistem 'smartdry' sebagai keselesaan pengguna yang memakainya.

"Jersi ini akan dijual pada harga RM149.00 di butik Al-Ikhsan terpilih di Terengganu serta butik Football Republic di Suria KLCC, Sunway Pyramid dan Kuala Terengganu.

"Corak rekaan jersi ini menambahkan lagi nilai asterik dan komersialnya yabg tersendiri dengan penggunaan warna serba hitam pada keseluruhan jersi," tulis hantaran itu lagi.

Kredit foto: Terengganu FC (TFC)