Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Felda United menerima kunjungan Terengganu dengan misi meraih tiga mata berharga untuk menghidupkan peluang untuk kekal di Liga Super musim depan.

Namun misi itu tampak sukar kerana Terengganu tidak memberi ruang dan seawal minit kelima, Dominique Da Sylva menyempurnakan hantaran tepat Lee Tuck untuk menyaksikan Terengganu mendahului 1-0.

Terengganu jelas lebih mendominasi perlawanan dan Felda seakan-akan sukar untuk mendapatkan rentak dan ia memberikan ruang buat pelawat menggandakan jaringan dan kali ini gol cantik menerusi seorang lagi pemain import, Sanjar Shaakhmedov pada minit ke-38.

Terengganu terus mempamerkan aksi cemerlang dan menambah satu lagi gol melalui sepakan percuma menerusi Lee Tuck pada minit ke-65 sekaligus melengkapkan kemenangan skuad kendalian Nafuzi Zain.

Keputusan lain:

PAHANG 3 PERAK 3

PDRM 0 SELANGOR 7