Tempoh dua bulan terlalu lama -- Ab Ghani

Oleh Ammar Hakim 8 Mac 2021 182
Tempoh dua bulan terlalu lama -- Ab Ghani
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan, mengakui tempoh dua bulan untuk menilai keperluan kemasukan penonton ke stadium adalah terlalu lama.

Justeru tindakan drastik daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diambil dengan memilih tarikh 11 Mac sebagai perbincangan meja bulat untuk Prosedur Operasi Standard (SOP) penonton ke stadium.

"Mengenai permohonan untuk membawa masuk semula penonton ke stadium, kemungkinan ia akan diawalkan dengan memastikan persiapan untuk membentang SOP," katanya.

Apa yang pasti kemasukan penonton ke stadium perlu melewati SOP yang ketat bagi memastikan kluster baru melibatkan bola sepak tidak berlaku.

"Pihak MFL berharap perkara paling penting adalah tanggungjawab penonton yang dibenarkan ke stadium, mereka perlu memiliki disiplin yang tinggi dan mematuhi SOP yang ditetapkan."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen