Setelah lama menanti, Stadium Nasional, Bukit Jalil akhirnya menjadi venue bagi acara kejohanan bola sepak antarabangsa, Super Cup 2018, dengan Kelantan diberi mandat untuk mewakili Malaysia.

Selain The Red Warriors (TRW) , dua lagi pasukan yang akan turut beraksi adalah Persija Jakarta dari Indonesia dan Ratchaburi FC dari Thailand.

Ini adalahkejohanan bola sepak pertama di Stadium Nasional selepas pengubahsuaian sempena Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.

"Ia berkisar kepada tempoh penganjuran kejohanan. Lebih banyak pasukan yang mengambil bahagian, sudah tentu lebih lama kejohanan akan diadakan sehingga menyukarkan pasukan yang bertanding untuk memberikan komitmen.

"Tiga perlawanan adalah sesuai dengan setiap pasukan akan menghabiskan masa kira-kira enam hari di sini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Total Sports Asia, Marcus Luer.

Kelantan yang bakal mewakili cabaran Malaysia akan menurunkan barisan paling ampuh kerana mahu menjadikan kejohanan tu sebagai pentas pra-musim sebelum saingan Liga Super 2018.

"Kami berasa bangga dan berterima kasih kepada penganjur Super Cup 2018 kerana menjemput kami untuk beraksi di stadium yang baru diubahsuai," ujar Penolong Setiausaha KAFA, Kamaruddin Mohamad.

Persija tampil selaku pesaing dengan reputasi terkuat bagi kejohanan yang menggunakan format sepusingan itu bulan depan apabila bakal mengibarkan cabaran mereka dalam Piala AFC, tahun depan.

"Undangan ini bagus buat kami, apatah lagi kami mungkin diundi satu kumpulan dengan Selangor atau Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Piala AFC," kata pemain pertahanan Persija, Gunawan Dwi Cahyo.