Selangor intai import kelima 

Oleh Shaiful Shamsudin 31 Januari 2021 3671
 Selangor intai import kelima 
Selepas memancing pemain tengah dari Switzerland, Oliver Buff, Selangor hanya akan melengkapkan kuota tonggak import kelima yang benar-benar berkualiti bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2021 yang bermula 5 Mac depan. 

Gergasi Merah itu telah pun mengesahkan khidmat pertahanan Jerman, Tim Heubach, selain mengekalkan penyerang kelahiran Nigeria, Ifedayo Olusegun dan tonggak serba boleh, Safuwan Baharudin (Singapura).

"Buat masa ini segalanya berjalan lancar, semua bahagian dalam keadaan baik. 

"Kami mempunyai pilihan untuk menandatangani seorang lagi pemain import yang boleh membantu kami.

"Kami cuba mengintai peluang untuk mengikat pemain yang bagus bagi memantapkan pasukan, tidak semestinya perancang tengah mahupun menyerang," kata Pengarah Teknikal Selangor, Michael Feichtenbeiner, kepada wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani, menjelang pelancaran jersi musim 2021, esok.


 

24 jam lagi! Jangan lupa setkan reminder! 📅 1 Februari 2021 🕒 9.00 Malam #RedGiants #85Years #CreatingALegacy

Posted by Selangor FC on Sunday, January 31, 2021


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen