Selangor ikut SOP MKN, KKM

Oleh Ammar Hakim 31 Mei 2020 462
Selangor ikut SOP MKN, KKM
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bertegas prosedur operasi standard (SOP) yang dirangka ketika ini masih di bawah garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saya akan berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, mengenai hala tuju saingan bola sepak tempatan," kata Ismail.

"Saya berharap persatuan bolasepak negeri mengeluarkan SOP sendiri, setiap prosedur harus mengikut apa yang telah ditetapkan MKN."

Pengurus skuad Selangor, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid, berkata, "Saya telah melakukan latihan yang tidak melibatkan sentuhan, berlandaskan individu seperti larian."

Tambahnya lagi, perangkaan SOP yang ada ketika ini bukan usaha tangkap muat malahan FAS mengutamakan individu yang berkelayakan untuk memastikan usaha yang dilakukan oleh The Red Giants bukan sekadar mencari nama.

"Mungkin sesetengah jurulatih berasakan kami mendahului yang lain, ingin tunjuk bagus, tetapi banyak perkara yang kami fikirkan dan mahu memastikan setiap pemain kekal cergas walaupun ketika penangguhan saingan ketika ini."

FAS memiliki pendirian tentang isu ini namun dalam masa sama mahu mengelak sebarang persepsi buruk daripada sesetengah pihak, membawa kepada usaha untuk FAS merujuk MKN dalam masa terdekat.

"Kami enggan memberikan persepsi buruk bahawa persatuan negeri mahu membahayakan keselamatan pemain-pemain ketika penularan Covid-19 ketika ini. Kami mahu memastikan setiap SOP yang dikeluarkan masih lagi mengikut apa yang telah ditetapkan MKN."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen