PFAM belum terima aduan masalah gaji, kata Safee

Oleh Shaiful Shamsudin 19 Julai 2020 186
PFAM belum terima aduan masalah gaji, kata Safee

Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali, menyambut baik penyambungan Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal bermula 26 Ogos depan. 

Menurutnya, tiada sebarang aduan serius kepada pihak PFAM daripada mana-mana pasukan yang terlibat dengan isu pembayaran gaji setakat ini.

"Tiada sebarang masalah besar daripada segi kebajikan pemain. 

"Ini bermakna, semua kelab dijaga dengan baik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menjelang perlawanan Liga-M yang tertangguh," katanya. 

 

📷 | Timbalan Presiden PFA Malaysia, Shahrom Kalam ketika bersiaran di Facebook Utusan Online dan Kosmo Online sempena Pelancaran Utusan Kosmo! Kembali! hari ini. #PFAMalaysia #UtusanKosmoKembali

Posted by PFA Malaysia on Friday, July 17, 2020


Penggempur berpengalaman itu menganggap permasalahan pembayaran gaji yang berbangkit seperti melibatkan Kelantan boleh diselesaikan secara dalaman. 

"Ada perbincangan di antara kedua-dua pihak mengenai cara gaji mereka dibayar. 

"Kelantan pula dilihat tiada masalah besar berkaitan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

"Buat masa ini, mereka tidak buat aduan lagi dan saya fikir mereka mungkin mahu menyelesaikannya secara dalaman tanpa gangguan pihak luar." 

 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen