Perak, PJ City berkongsi mata di Ipoh

Oleh Ammar Hakim 7 Mac 2021 603
Perak, PJ City berkongsi mata di Ipoh
Perak gagal mencari jalan untuk menembusi gawang PJ City dalam perlawanan Liga Super yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan Perak dan PJ City gagal menghasilkan jaringan -- persiapan yang kurang cemerlang dalam pra-musim menjadi kedua-dua pasukan kelihatan agak tumpul dalam usaha mencari jaringan.

Bersambung dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan meningkatkan intensiti permainan namun mereka gagal mendapatkan jaringan bagi menentukan kemenangan hingga tamat 90 minit untuk berkongsi satu mata.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen