Perak tidak jadi mengambil khidmat pemain Vietnam untuk memperkasakan pasukan dalam kancah Liga Malaysia musim 2020 kerana bayaran terlalu mahal.

Pengurus pasukan The Bos Gaurus (TBG), Datuk Adly Shah Ahmad Tah, berkata bayaran yang diminta oleh pemain itu terlalu tinggi iaitu lebih USD20,000 (RM90,000)

"Memang mereka bagus tetapi bayaran diminta terlalu tinggi. Perak tidak mampu.

"Jadi, kami akan teruskan pencarian pemain import," katanya.

Sebelum ini, skuad The Bos Gaursu menyuarakan hasrat mendapatkan khidmat pemain Vietnam berikutan persembahan cemerlang negara itu dalam pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia serta muncul juara Sukan SEA Filipina, minggu lalu.

Setakat ini, Perak sudah memiliki tiga pemain import iaitu Leandro Dos Santos, Raianderson Da Costa Morais dan Guilherme De Paula.

The Bos Gaurus juga sedang menguji pemain pertahanan dari Korea Selatan, Hyo Seok Jeon.