Penggajian semula: 12 pasukan beri maklum balas  

Oleh Shaiful Shamsudin 22 April 2020 154
Penggajian semula: 12 pasukan beri maklum balas  
Lima pasukan Liga Super dan Liga Perdana lagi mengemukakan jawapan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai pemotongan gaji pemain untuk menjadikan keseluruhan 12 pasukan hingga 5 petang tadi.

Baki 12 pasukan akan menyusuli jawapan mereka selewat-lewatnya tarikh akhir yang ditetapkan, iaitu tengah malam ini.



"Kami akan membincang langkah seterusnya di samping presiden dan barisan exco FAM sebaik mendapat maklum balas daripada pasukan-pasukan ini," kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Dr Datuk Amar Pritpal Abdullah, mendedahkan menjadi pasukan terbaru selepas kelab seperti Johor Darul Ta'zim (JDT), Terengganu, Kuching FA dan UKM FC membuat pemotongan gaji. 

"Selalunya perkara melibatkan gaji ini bukan sesuatu yang senang untuk dibincangkan. 

"Mana ada pemain yang akan berterus-terang menyuarakan rasa tidak puas hati kerana gajinya dipotong sesuka hati. 

"Jadi kami memberikan beberapa cadangan dan ia dipotong berdasarkan tangga gaji. 

"Paling tinggi 30 peratus manakala pemain yang bergaji RM5,000 dan ke bawah tidak dikenakan pemotongan," katanya.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen