Melaka United bina keserasian di Kemboja

Oleh Shaiful Shamsudin 31 Disember 2016 0
 Melaka United bina keserasian di Kemboja
Masih ada lagi peluang buat pengendali Melaka United, Eric Williams, mencari kesebelasan utama yang terbaik dengan mengharungi perlawanan pra-musim di Kemboja.

Skuad Melaka United dilihat masih lagi mencari titik keserasian di antara satu sama lain walaupun sudah bermain dalam tiga aksi perlawanan persahabatan.

“Dengan pasukan mana lawan kita, itu tidak penting, yang penting adalah keserasian mereka di atas padang,” kata Williams.

"Mungkin apabila tonggak import, Omid Nazari dan Sergio Aguero, kembali pulih sepenuhnya, mereka dapat membantu pasukan dalam menghadapi kempen Liga Super yang lebih mencabar musim depan."

Melaka United akan berlepas ke Kemboja pada Selasa ini bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan di sana.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen