Melaka tuntut sikap profesional pemain atau dikenakan penalti

Oleh Shaiful Shamsudin 27 Disember 2016 1
 Melaka tuntut sikap profesional pemain atau dikenakan penalti
Timbalan Presiden Melaka United Football Club (MUFC), Datuk Wira Yusoff Mahadi, memberi amaran kepada setiap pemain yang telah mengikat kontrak bersama skuad Hang Tuah untuk menjaga berat badan supaya tidak melebihi daripada peratusan lemak yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

“Saya harap kesemua pemain tidak menganggap Melaka United sebagai pasukan tahap kelas kedua dan saya minta pemain agar mengekalkan sikap profesional,” katanya ketika dihubungi.

Yusoff menyatakan mana-mana pemain yang melanggar syarat berkenaan akan dikenakan penalti.

Dia turut menegaskan jika pemain tidak mencapai tahap prestasi yang ditetapkan oleh pihak pengurusan, mereka akan dipinjamkan ke pasukan lain untuk memberi peluang mempertingkatkan prestasi.

Melaka United menetapkan peraturan berkenaan sama seperti yang dilakukan pasukan jiran, Johor Darul Ta'zim (JDT), bagi memastikan setiap pemain kekal cergas.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen