Kemelut KLFA: Nokman buka peluang ahli gabungan dipecat buat rayuan

Oleh Staff Writer 16 Jun 2019 275
Kemelut KLFA: Nokman buka peluang ahli gabungan dipecat buat rayuan
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustafa, menegaskan sembilan wakil yang dipecat masih dibuka ruang untuk membuat rayuan.

Dalam tempoh 14 hari, sembilan wakil terlibat perlu membuat rayuan untuk kembali mendapat tempat sebagai ahli gabungan KLFA.

Tegas Nokman, peluang yang dibuka bukan atas dasar agenda peribadi, sebaliknya ia termaktub dalam perlembagaan KLFA.

"Kami memberikan 14 hari kepada sembilan ahli yang dipecat untuk melakukan rayuan, namun ia terserah kepada mereka," katanya.

Setiap rayuan yang dibuat bakal dikaji semula kesalahan yang dilakukan sebelum ini di mana denda dan hukuman akan ditetapkan KLFA berpandukan kepada perlembagaan.

"Terserah kepada kesalahan yang telah dilakukan. Kami telah mengenal pasti terdapat beberapa lagi individu yang membuat kenyataan yang menyerang KLFA."

Terdahulu, sembilan ahli gabungan KLFA telah dilucutkan keahlian sebagai ahli gabungan selepas didakwa gagal memberi surat tunjuk sebab merujuk kepada dakwaan memburukkan KLFA menerusi media.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen