Jurulatih Sarawak, David Usop, menyifatkan kejayaan kekal dalam Liga Super musim hadapan adalah pencapaian termanis dia bersama anak buahnya musim ini.

Hakikat di atas kertas tidak memihak kepada Sarawak, namun ia tidak mengganggu tumpuan Ngap Sayot sepanjang 90 minit di Kuching, malam tadi.

Malah, anak buahnyĆ  agresif mencari jaringan sebaik wisel permulaan di tiupkan lagi.

"Kami risau ketika PDRM membuka tirai jaringan awal. Pemain agak keletihan selepas sebulan lebih tidak beraksi," jelasnya.

Sementara itu jurulatih PDRM, Fauzi Pilus, pula menganggap aksi pada Sabtu sebagai 'malam yang malang' buat barisannya.

Fauzi turut menyalahkan beberapa keputusan pengadil yang dianggap berat sebelah membawa kepada tersungkurnya PDRM ke kancah Liga Perdana musim depan.

"Ada senario di mana keputusan pengadil yang kurang memihak kepada kami. Ketika di separuh masa pertama, Sarawak dianugerahkan dua sepakan penalti," ujarnya.