Isu gaji Kedah: Situasi paling memalukan, kata Azraai

Oleh Shaiful Shamsudin 30 Julai 2020 2460
Isu gaji Kedah: Situasi paling memalukan, kata Azraai
Bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah, menyifatkan situasi kewangan yang dihadapi mereka sebagai kemelut yang paling memalukan dalam sejarah. 

Seramai 23 pemain skuad Lang Merah tampil mengadu kepada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini selepas lima bulan menunggu pihak pengurusan untuk menyelesaikan tunggakan gaji sejak Februari lalu.

"Sepanjang saya bergelar sebagai pemain dan jurulatih, Kedah tidak pernah berdepan masalah tunggakan gaji. 

"Apa sekalipun kami perlu terimanya selepas pengurusan sebelum ini tidak memikul tanggungjawab dan tinggalkan pasukan macam itu sahaja. 

"Kami sebagai warga bola sepak sangat-sangat berharap kemelut ini dapat diatasi," katanya ketika dihubungi. 

 
Posted by FA Kedah on Wednesday, July 22, 2020


Namun, beliau menuntut kesabaran semua pihak supaya memberi sedikit masa kepada barisan pengurusan mengatasi masalah dana yang dihadapi. 

"Saya yakin dengan pengurusan baru ini kerana rundingan bersama penaja-penaja sedang dijalankan.

"Dengan kemelut ini, peralihan politik di Kedah, sudah tentu kami perlu beri peluang kepada menteri besar selaku presiden baru yang turut berdepan masalah lain juga. 

"Sebelum kami muncul juara 'trebel', masalah-masalah lama juga dapat diselesaikan secara elok jadi saya yakin kemampuan pemerintah yang baru ini."


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen