Isu bersara: Jurulatih perlu sedia sambar peluang -- Nidzam

Oleh Staff Writer 10 Julai 2020 145
Isu bersara: Jurulatih perlu sedia sambar peluang -- Nidzam
Bola sepak mampu menjadi pembunuh karier seseorang tetapi ia juga boleh menjadi harapan buat bekas pemain bagi terus kekal dalam kancah bola sepak negara.

Daripada seorang bintang yang ternama kemudian kudrat tidak laku, seterusnya menjadi ketua jurulatih muda dalam Liga Malaysia (Liga-M), Nidzam Jamil berkongsi kisah hidup dan pasca kerjayanya sebagai seorang pemain bersama wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani.

Nidzam cukup sinonim dengan pasukan Selangor, bagaimanapun perwatakan agresif dalam dan di luar padang memaksa dia untuk mengucap selamat tinggal lebih awal selaku pemain profesional pada usia muda.



šŸƒšŸ»ā€ā™‚ļø | NO DAY OFF FOR THE FIGHTERS . Sesi latihan skuad Felda United FC di Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM, Nilai....

Posted by FELDA UNITED FC on Friday, July 10, 2020


"Sebagai pemain bola, kami tidak diberitahu tentang kewangan, kepentingan insurans dan kereta yang layak untuk digunakan.

"Apabila sudah tiada siapa-siapa menghubungi (menawarkan kontrak), baru saya sedar bahawa saya sudah tidak diperlukan lagi," katanya. 

Bermula daripada bawah, namanya mula meniti dalam bidang kejurulatihan.

Sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih Felda United pada November 2018, bekas pertahanan itu sempat berguru di bawah kendalian B. Sathianathan selama hampir dua tahun ketika bertindak sebagai pembantu jurulatih The Fighters.

"Kawan baik saya telah memberi saya peluang untuk menjadi jurulatih di kawasan taman dia.

"Dari situ saya nampak (potensi) diri saya yang boleh menguruskan pasukan dan mereka suka dengan cara saya mengendalikan pasukan.

"Pengalaman manis adalah ketika saya berada di bawah kendalian jurulatih B. Sathianthan kerana saya bersama dengan orang yang terbaik untuk mengendalikan sesebuah pasukan.

"Saya bertuah kerana dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan dalam kalangan jurulatih senior yang baik dan sudi memberi tunjuk ajar kepada saya," katanya lagi. 

Nidzam sempat menyelitkan nasihat buat jurulatih muda yang sedang membina karier.

"Mereka perlu bersedia ketika diberi peluang kerana sekiranya tidak, peluang itu akan hilang."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen