Helang Merah akhiri kempen Liga Super dengan kemenangan

Oleh Shaiful Shamsudin 21 Oktober 2016 5
Helang Merah akhiri kempen Liga Super dengan kemenangan
KEDAH 1 FELDA UNITED 0

Hasrat Felda United untuk menutup kempen Liga Super 2016 dengan kemenangan tidak kesampaian apabila Kedah yang sebaliknya meraih mata penuh dalam perlawanan tunggal saingan itu yang berlangsung malam ini. 


Dengan mengesahkan gelaran naib juara lebih awal musim ini, The Fighters bertekad unutk mencipta penutup 2016 yang mempunyai nilai sentimental tinggi. 

Bagi Felda Untied, hanya tiga mata ke atas finalis Piala Malaysia tahun ini, Kedah, menjadi pengakhiran terbaik kepada legasi Irfan Bakti Abu Salim di sebalik kelibatnya yang tidak lagi kelihatan dalam perlawanan kali ini. 

Bagaimanapun, cerita yang ingin dilakar Felda di Stadium Darulaman bukan mudah. 

Banyak percubaan dilakukan kedua-dua pasukan, namun tiada penyudah berkesan untuk keputusan kekal tanpa jaringan pada babak pertama. 

Zah Rahan akhirnya membolosi gawang tuan rumah pada minit ke-62, tetapi dikecewakan oleh keputusan ofsaid. 

Beberapa pertukaran juga dilakukan kedua-dua pasukan dengan harapan mengubah situasi permainan. 

Nyata, percaturan Tan Cheng Hoe menjadi apabila rembatan pemain gantian, Shane Smeltz, daripada lorongan Liridon Krasniqi memecah kebuntuan ketika perlawanan berbaki sembilan minit. 

Kemenangan pada malam ini secara tidak langsung merupakan tonik berharga buat skuad Helang Merah sebelum aksi perlawanan akhir Piala Malaysia, 30 Oktober ini. 

Kredit imej: Felda United FC
 



Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen