Gurusamy sedih dengan nasib Kelantan

Oleh Penulis Jemputan 27 September 2017 10944
Gurusamy sedih dengan nasib Kelantan
Pemain tengah PKNS FC, K. Gurusamy, tetap bersimpati dengan nasib Kelantan yang terpaksa bergelut untuk kekal dalam Liga Super menjelang pertemuan kedua-dua pasukan itu di Kota Bharu, malam ini.

Nama Gurusumay, yang juga bekas produk Harimau Muda, meningkat seiring dengan waktu Kelantan mendominasi saingan Liga Malaysia.

Di atas faktor itu, dia juga sedih melihat situasi terkini skuad The Red Warriors (TRW) yang berupaya hilang status elit Liga Malaysia.

"Memang saya sedih sebab sebelum ini Kelantan adalah satu pasukan yang berada dalam kelompok atas.

"Ada juga pemain-pemain yang bagus di sana. Mereka sekarang tidak mendapat keputusan yang baik,"  katanya.

Tetapi Gurusamy menegaskan tugas memburu kemenangan tetap perlu dijalankan meskipun membabitkan nasib individu lain di Kelantan yang dianggap sahabat.

"Kami yakin untuk turun menentang Kelantan sebab sebelum ini kami menang ke atas Selangor. 

"Jadi, tahap keyakinan kami agak tinggi tetapi bermain di Kelantan agak sukar. Kami perlu memberikan 100 peratus untuk perlawanan malam ini," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen