Feichtenbeiner bawa Selangor adakan kem di luar Lembah Klang 

Oleh Shaiful Shamsudin 17 Oktober 2020 1101
Feichtenbeiner bawa Selangor adakan kem di luar Lembah Klang 
Selangor memilih untuk mengadakan kem latihan luar dari Lembah Klang untuk memudahkan proses latihan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan Kerajaan Malaysia sejak Rabu lalu.

Gara-gara peningkatan kes COVID-19 di Lembah Klang, Gergasi Merah dijangka bertolak ke Gambang, Pahang, Selasa depan sebagai persediaan untuk menghadapi Piala Malaysia musim 2020 yang ditunda ke 6, 7 dan 8 November depan.

"Dengan SOP (prosedur operasi standard) berdasarkan PKPB, pada pandangan kami ia akan menyekat pasukan ke arah yang lebih baik, kami memerlukan latihan yang dinamik dan kompak selepas meraih dua kemenangan sebelum ini," kata pengurus Selangor, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid.
 
Sekiranya PKPB bersambung, stadium di sekitar negeri itu menjadi pilihan kedua buat pasukan yang dikendalikan sementara oleh Michael Feichtenbeiner tersebut. 

 

It's been a season full of ups ⬆️ and downs ⬇️ for us. We made mistakes, we worked hard to perform better, but most...

Posted by FA Selangor on Sunday, October 11, 2020



Jika ini menjadi realiti, maka Selangor akan melewati perubahan venue perlawanan buat kali ketiga musim ini memandangkan Stadium Shah Alam sedang dibaik pulih sementara Stadium UiTM dalam zon merah gelombang ketiga pandemik berkenaan. 

"Kami sedang kemungkinan bergerak ke stadium berhampiran di Paroi (Negeri Sembilan) dan sekiranya PKPB dilanjutkan, ia memerlukan rundingan dengan banyak pihak sebab banyak prosedur (yang perlu dilalui)."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen