FAS pilih Fecteinbeiner sebagai pengarah teknikal

Oleh Penulis Jemputan 12 Disember 2019 3414
FAS pilih Fecteinbeiner sebagai pengarah teknikal
Bekas jurulatih MPPJ FC, Micheal Feictenbeiner, menjadi pilihan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk mengisi jawatan pengarah teknikal bagi musim 2020.

Tugasan utama Feictenbeiner adalah untuk merangka pogram pembangunan selain memastikan pemain muda daripada Selangor II, skuad B-19 dan Piala Presiden bersedia untuk diserapkan ke dalam skuad utama. 

"Pengalamannya dalam pembangunan (bola sepak) sangat luas.

"Dia pernah terlibat dengan pasukan Stuttgart, Salzburg dan skuad kebangsaan Jerman.

"Dia bekerja dengan amat rapat bersama Persatuan Bola Sepak Jerman dan ketua jurulatih, Joachim Low.

"Jadi, itulah perkara-perkara yang kami lihat dia mampu bawa ke dalam pasukan Selangor," kata Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon.

Jurulatih berbangsa Jerman itu juga akan mengendalikan Selangor II dalam Liga Perdana tanpa sebarang khidmat pemain import.

"Selepas dua tahun, kita akan dapat lihat satu sistem yang digunakan pasukan Selangor daripada peringkat paling rendah hingga ke peringkat senior.

"Itulah yang kami mahu ciptakan.

"Ia mungkin memakan masa tetapi kami yakin ia merupakan jalan yang tepat dan dia merupakan individu yang tepat untuk (kami) mencapai sasaran itu," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen