FAS, PAFA giat jana pendapatan sampingan

Oleh Shaiful Shamsudin 17 Mei 2020 1619
FAS, PAFA giat jana pendapatan sampingan
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) ligat menjana pendapatan melalui koleksi jualan barangan Hari Raya tahun ini.

"Kami sememangnya sudah rancang untuk menjana dana.

"Kebetulan pula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka perancangan itu berubah sedikit,.

"Namun, ada beberapa idea yang diteruskan seperti baju dan butang melayu serta sampul raya, jadi ia bertepatan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri," jelas Pengurus Selangor, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid, ketika diwawancara wakil Nadi Arena, Nurul Syakirah Zulkifly, hari ini. 




PAFA turut tidak ketinggalan apabila melancarkan jualan di atas talian termasuk pakaian serta cenderamata barangan rasmi pasukan itu.

Dalam masa, langkah yang diambil oleh skuad The Bos Gaurus itu juga adalah antara usaha untuk mendekati penyokong mereka di seluruh negara selain sebagai inisiatif supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada pendapatan daripada penaja.




"Kami terus mencari jalan selain menjual produk seperti pakaian dan jersi.

"Kami dapat membuatkan peminat sentiasa bersama dan terus menyokong kami. Walaupun liga tiada, suasana liga itu tetap wujud.

"'Jadi aktiviti ini boleh memberikan sedikit kepuasan kepada penyokong Perak," kata Setiausaha Kehormat PAFA, Mohamad Azlin Mohamad Nadzri.


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen