Diaz kembali rancakkan Liga-M

Oleh Shaiful Shamsudin 18 Januari 2021 46020
Diaz kembali rancakkan Liga-M
Selepas tiga tahun meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz, akan kembali mewarnai kancah Liga Malaysia (Liga-M).

Ketua jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto, mengakui perpindahan hangat itu namun pihak pengurusan harus bertindak cepat sebagai persiapan menghadapi sepak mula Liga Super, hujung bulan depan.

"Permainannya cocok dengan corak permainan kami. 

"Kami perlu adakan kesepakatan dengan secepat mungkin agar dia boleh datang dengan segera," kata jurulatih dari Indonesia itu yang mengemudi pasukan meraih tangga ke-10 musim lalu, sekali gus mengelak penyingkiran. 

 

Kami telah melihat beberapa pemain untuk melengkapkan pasukan dan pada akhirnya, kami memutuskan untuk menandatangani...

Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, January 17, 2021


Sementara itu, Harimau Selatan pada hari ini mengumumkan telah mendapatkan sentuhan berbisa Jonathan Herrera dari Argentina bagi kuota pemain import.  

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, turut mendedahkan dua lagi pemain baru akan diumumkan sedikit masa lagi. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen