Bekas pemain antarabangsa England, Ashley Cole, dilepaskan oleh LA Galaxy.

Selepas gagal layak ke play-off Piala MLS dengan menamatkan kempen Persidangan Barat di tangga ketujuh, Galaxy dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa mereka memilih untuk tidak melanjutkan kontrak Cole bagi kempen 2019.

Cole telah dibebaskan di samping Michael Ciani, Brian Sylvestre, Ariel Lassiter, Sheanon Williams, Rolf Feltscher, Baggio Hrustic dan Servando Carrasco.

Cole, yang beraksi sebanyak 107 kali bersama England, menyertai Galaxy pada 2016 setelah menikmati karier gemilang di Eropah di Arsenal dan Chelsea.