Zamsaham tepis laporan Sathianathan dalam radar

Oleh Shaiful Shamsudin 22 Oktober 2020 9051
Zamsaham tepis laporan Sathianathan dalam radar
Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman, pantas menangkis khabar angin pasukan Pantai Timur itu berminat mendapatkan sentuhan B. Sathianathan. 

Sebulan selepas berpisah dengan Selangor, bekas jurulatih kebangsaan itu dikaitkan untuk memikul misi kembali menjulang The Red Warriors. 

"Kalau saya nak buat sesuatu benda, saya tidak perlukan orang-orang yang hebat. 

"Saya perlukan orang yang boleh bekerja dengan saya, itu sudah cukup. 

"Bekerja dengan orang-orang yang sesuai untuk membawa budaya yang saya hendak terapkan.

"Adakah Sathianathan sesuai dengan saya. Kalau tidak, dia pasti tidak (bertahan) lama," katanya ketika dihubungi wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. 

Nasib bekas juara 'treble' 2012 itu berubah yang menyaksikan Yusri Che Lah membimbing mereka untuk menamatkan kempen Liga Perdana musim ini di tangga keempat apabila hanya tewas sekali dalam lima perlawanan terakhir. 

 

10 logo yang disenarai pendek sebagai logo baru kelab bolasepak Kelantan. Admin pilih hak bulat. Anda bagaimana?

Posted by Kelantan FA on Monday, October 19, 2020
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen