Pengendali Kelantan, Yusri Che Lah, ternyata berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya biarpun sekadar meraih keputusan seri tanpa jaringan ketika berdepan Selangor II dalam aksi Liga Perdana di Stadium MBPJ, semalam.

Dengan hanya memiliki tiga pemain pertahanan selain hanya membawa 17 pemain, kepincangan di bahagian pertahanan The Red Warriors berjaya ditutup dengan tiada jaringan dapat dihasilkan pasukan lawan.

"Saya hanya menurunkan tiga pemain pertahanan dan memuji setiap perancangan telah memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan ini," kata Yusri.

Kekurangan pengalaman dan pendedahan berdepan pasukan besar seperti Kelantan menyaksikan skuad Michael Feichtenbeiner itu dilihat gugup dalam aksi di laman sendiri.

Feichtenbeiner menegaskan anak-anak buahnya bernasib baik tidak dibolosi biarpun terpaksa bermain 10 orang selepas Syazwan Salihihn dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-52.

"Persembahan kami kurang sama berbanding aksi sebelum ini. Mereka berdepan lawan yang sukar dan walaupun beraksi dengan 10 pemain, kami tetap mempamerkan momentum dan tumpuan yang sama sepanjang perlawanan," katanya.