UKM 6 SELANGOR UNITED 2

Penolong jurulatih Selangor United, V. Yogeswaran, menyifatkan kehilangan fokus pemain sebagai faktor utama pasukannya dibelasah 6-2 oleh UKM FC dalam aksi Liga Perdana di Stadium Selayang, petang tadi.


Tuan rumah jelas beraksi di bawah tahap keupayaan sebenar yang menyaksikan pelawat mudah mendahului 3-0 tamat dalam babak pertama.

Meskipun meraih dua gol dalam babak kedua, UKM menambah tiga lagi gol lagi dalam babak seterusnya untuk melengkapkan derita Selangor United.

"Kami hilang fokus dalam separuh masa pertama di samping beraksi pincang akibat penggantungan beberapa pemain utama.

"Kami berikan pemain simpanan untuk beraksi," katanya.

Fokus utama mereka selepas ini adalah kebangkitan segera apabila berdepan Terengganu FC II, Sabtu ini, di laman sendiri.

"Kami kena menang ke atas Terengganu, jadi kami perlu bekerja keras untuk baiki persembahan," katanya.

Setakat ini, Selangor United mencatat lima kemenangan, tiga seri dan 10 kekalahan.

Keputusan lain:

NEGERI SEMBILAN 3 JDT II 1

UiTM FC 1 SABAH 2