Perlawanan persahabatan uji kekuatan PKNP FC

Oleh Staff Writer 14 Disember 2016 7
Perlawanan persahabatan uji kekuatan PKNP FC
Tewas 2-1 dalam aksi persahabatan menentang pasukan daripada Liga Super, Kedah, di Stadium Darulaman semalam, disifatkan sebagai pengajaran berguna untuk PKNP FC dalam memantapkan lagi pasukan.

"Ini pelajaran yang terbaik untuk kami (PKNP FC).  Ini memperlihatkan posisi masih kurang seimbang dan perlu diperbaiki," kata jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadhim.

"Tewas pula di minit akhir permainan melalui sepakan penalti adalah pengajaran paling berguna buat pemain.  Selagi wisel penamat tidak ditiupkan, pasukan mesti fokus.

"Semalam juga, saya mencuba beberapa pemain import, di samping pemain tempatan yang dilihat mampu membantu PKNP FC mencipta sesuatu di pentas Liga Perdana 2017."

Abu Bakar berkata, perkembangan mengenai barisan pemain sama ada diserapkan atau tidak akan diumumkan tidak lama lagi.

Jumaat ini PKNP FC akan bertemu PKNS FC di Stadium Kelana Jaya untuk aksi persahabatan kedua.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen