Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Benjamin Mora, menganggap objektif pasukannya musim ini tercapai walaupun menamatkan saingan Liga Perdana musim ini di tempat keempat.

Pasukan yang dibarisi rata-rata pemain muda itu mempamerkan aksi konsisten menerusi rekod
11 perlawanan tanpa kalah sejak April lalu.

"Kami memiliki masa depan yang cerah kerana barisan pemain yang telah diturunkan berjaya
mengekalkan rekod tanpa kalah sejak April," kata Mora.

"Pasukan ini sedang dalam usaha untuk terus berkembang bagi menghadapi saingan musim
depan."

Kejayaan JDT II malam tadi dibantu hasil jaringan Jeronimo Barrales, D. Saarvindran dan Nicolas
Alberto pada setiap babak.

Mora mengakui ia adalah antara aksi terbaik anak buahnya sepanjang musim ini.