Gomo Kelate gomo, laungan semangat The Red Warriors bergema di segenap pelusuk Stadium saban tahun satu ketika dulu, namun kini segalanya tinggal kenangan. Daripada sebuah pasukan yang gah, TRW hanya tinggal nama, malah jika kemelut tunggakan gaji yang tidak dapat diselesaikan, Kelantan mungkin akan mengikut jejak langkah Perlis yang digantung penyertaan dalam saingan liga.

Kehebatan Kelantan satu ketika dulu bukan tiket untuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berlembut hati, tiada pilihan buat Kelantan selain memastikan kemelut yang berlaku diselesaikan segera.

Walaupun isu ini hanya melibatkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), namun FAM jelas tidak gembira dengan perkembangan dari hari ke hari.

"FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak boleh menjaga sehingga hendak menentukan siapa jurulatih atau pemain import dan mereka mengetahui apa kesan yang perlu dihadapi," kata Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Mereka telah diberitahu dengan peraturan serta prosedur operasi standard (SOP) dalam setiap tindakan untuk melepaskan jurulatih atau pemain import. Saya berasakan barisan kepimpinan badan induk itu tidak memiliki kesedaran terhadap isu ini atau tidak mengambil serius terhadap ini hingga menjejaskan persatuan."

Wajah Liga Malaysia perlu dilindungi, belas kasihan hanya akan memburukkan lagi keadaan.

"Jika perkara ini masih lagi berterusan dan menunjukkan status kewangan yang kurang stabil, kami akan mengambil keputusan untuk menggantung mereka daripada pihak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pula yang mengambil tindakan."

KAFA berdepan masalah serius apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan mereka menyelesaikan tuntutan tunggakan gaji bekas pemain importnya, Cassio Francisco de Jesus, Bruno Lopes dan Alaeddine Bouslimi yang berjumlah lebih RM920,000.

Mengimbau kenangan lalu, cukup buat Dickson Nwakaeme berasa kecewa dengan apa yang berlaku.

Kelantan pasukan yang bertanggungjawab menebarkan namanya di Malaysia menerusi sokongan penyokong luar biasa sepanjang kariernya.

Beserta dengan kejuaraan treble antara 2010 hingga 2013 -- kejatuhan Kelantan ketika ini, tidak dijangka oleh pemain kelahiran Lagos, Nigeria itu.

"Kota Bharu sentiasa dibanjiri penonton untuk menyaksikan perlawanan di stadium, ia merupakan suasana yang tidak pernah saya saksikan sebelum ini. Saya sangat kecewa dengan apa yang telah berlaku kini kepada bekas pasukan saya satu ketika dahulu merupakan adalah yang terbaik di Malaysia," kata Dickson.

Demi menyelamatkan Kelantan, dickson turut meluahkan rasa terkilannya di laman sosial.

Dia mengharapkan ada bantuan dihulur terutama melibatkan bapa pembangunan bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, yang juga merupakan bekas presiden KAFA sebelum ini.

Tb really praying and hoping Kelantan comes back stronger. The fans are amazing. They deserve more. @captain_piya16 @fahmiapexs @annuar.musa56 @azman4only @kelantan_fc_pride_and_soul @theredwarriorsfc #GomoKelateGomo #Godisthegreatest????

A post shared by DN10?? (@dicksonnwakaeme) on