Kelantan berdepan isu tuntutan gaji pemain import ketiga

Oleh Farizal Yusoff 11 Jun 2020 25
Kelantan berdepan isu tuntutan gaji pemain import ketiga
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Ahmad Muzakkir Hamid, mengakui telah menerima surat daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabanga (FIFA), dua hari lepas supaya menjelaskan tungakan gaji bekas pemain import kelahiran Tunisia, Alaeddine Bouslimi  berjumlah RM157,380.00

"Kita jangka ada lagi kes import dari FIFA, keseluruhan kalau tak silap lapan import, termasuk jurulatih.

"Kes import ini seperti biasa pihak peguam kita akan mulakan rundingan yang diketuai Alawi Rashid. Terima kasih tuan peguam bijaksana," tulisnya dalam hantaran terbaharu Facebook.

Ahmad Muzakkir juga menerangkan persatuan itu juga cuba menyelesaikan isu tuntutan gaji tertunggak pemain tempatan sebagaimana diarahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga 30 Jun depan.

"Kami di KAFA masih berusaha sedaya upaya untuk mengutamakan tuntutan ini, lebih-lebih lagi dari pemain tempatan sendiri.

"Kami masih belum angkat bendera putih, masih berusaha sehingga titisan akhir, walaupun keseluruhan hutang adalah lebih kurang lima juta," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muzakkir juga mengumumkan sebanyak RM25,000 berjaya dikutip hasil derma orang ramai untuk Tabung Selamatkan Bola Sepak Kelantan.

Kredit Foto: Kelantan FA

Tentang Penulis

Farizal Yusoff

Komen