Bruno calon terbaik -- Roshadi

Oleh Tengku Danish Bahri 7 Disember 2019 3196
Bruno calon terbaik -- Roshadi
Jurulatih Terengganu FC II (TFC II), Roshadi Wahab, menyifatkan penjaring terbanyak, Bruno Suzuki, sebagai calon terbaik untuk mengisi kuota import pasukan itu.

Roshadi berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai pusingan U yang dibuat TFC II, yang sebelum ini tidak menawarkan kontrak baru kepada pemain berkerakyatan Jepun itu.

Menurutnya, dia diminta mendapatkan pemain Asia yang lebih baik, namun gagal menemui calon berkelayakan dengan harga yang berpatutan.

"Dari awal lagi, saya mahukan Bruno kekal bersama kami kerana dia sudah serasi dan  konsisten.

"Susah nak cari pemain lain, kalau ada pun mahal kerana bergelar pemain kebangsaan.

"Jadi, Bruno adalah calon terbaik untuk kembali menyarung jersi TFC II," katanya.

Sementara itu, Roshadi menjelaskan seorang penyerang prolifik daripada Liga Filipina akan tiba dalam masa terdekat untuk melengkapkan kuota empat pemain import TFC II.

"Dia berasal dari Ghana dan pernah menjadi penjaring terbanyak Liga Filipina," tambahnya.

Kredit foto: Terengganu FC (TFC)

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen