Pemain sayap Chelsea, Willian, meminta tindakan diambil bagi untuk menghapuskan sentimen perkauman dalam bola sepak selepas rakan sepasukannya, Antonio Rudiger, dicemuh ketika merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Tottenham.

Rudiger menjadi sasaran sejurus Son Heung-min diarah keluar padang dalam separuh masa kedua aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Kapten Chelsea, Cesar Azpilicueta, membuat laporan insiden tersebut kepada pengadil, Anthony Taylor, dan mesej anti-perkauman disampaikan kepada penyokong di dalam Stadium Tottenham Hotspur melalui sistem siar raya.

Penyiasatan Spurs terhadap insiden tersebut masih lagi dijalankan, dengan kelab itu telah mengesahkan bersama Willian -- yang menjaringkan dua gol dalam aksi 'derby' London itu -- berharap badan pentadbir akan melihat untuk mengambil pendirian yang lebih drastik terhadap isu itu.

"Ia memalukan. Ia sangat mengecewakan, Saya tidak tahu bagaimana mereka boleh berfikir sedemikian. Tottenham juga memiliki pemain berkulit hitam," kata pemain kebangsaan Brazil itu kepada Sky Sports.

"Saya benar-benar tidak faham bagaimana mereka berfikir atau mengapa mereka melakukannya. Saya berasakan semua pihak harus mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

"Saya berharap kita dapat melihat tindakan yang lebih lagi diambil oleh pihak yang bertanggungjawab dan itulah yang kami mahukan."

Chelsea akan beraksi sehari selepas Hari Krismas apabila menerima kunjungan Southampton di Stamford Bridge.