West Brom mahu dapatkan khidmat Schneiderlin

Oleh Dom Farrell 23 Disember 2016 0
West Brom mahu dapatkan khidmat Schneiderlin

Ketua jurulatih West Brom, Tony Pulis, mengesahkan kelab itu telah membuat bidaan ke atas pemain tengah Manchester United, Morgan Schneiderlin.

Bekas pengurus Stoke City dan Crystal Palace itu menjelaskan bahawa beliau mencari jalan untuk mempertingkatkan kualiti pasukan dengan menandatangani beberapa pemain baru.

Schneiderlin menjadi pemain terbaru yang dikaitkan bersama The Baggies dengan nilai perpindahan sebanyak GBP13 juta selepas hanya beraksi selama 11 minit dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di bawah kendalian Jose Mourinho.

Bercakap ketika sidang media menjelang aksi sehari selepas Krismas menentang Arsenal, Pulis berkata, "Saya tidak akan memberitahu apa-apa sehingga segala urusan telah diselesaikan. Kami harus bersikap adil ke atas Manchester United dan pemainnya.

"Kami telah membuat bidaan ke atas empat atau lima pemain. Kami akan berbincang mengenai mereka jika kami berjaya mendapatkan mereka.

"Kami tidak akan cuba untuk melakukan segala-galanya dalam satu jendela perpindahan. Ia memerlukan beberapa jendela perpindahan untuk mendapatkan pemain yang berkualiti."

Tentang Penulis

Dom Farrell

Komen