Werner pamer bisa awal 

Oleh Shaiful Shamsudin 30 Ogos 2020 1331
 Werner pamer bisa awal 
BRIGHTON 1 CHELSEA 1

Timo Werner memulakan kariernya di Chelsea dengan gemilang apabila meledak gol pada minit keempat dalam perlawanan persahabatan menentang Brighton & Hove Albion, malam tadi. 


Dipancing daripada RB Leipzig dengan perjanjian bernilai £47.5 juta (RM264.1j), Werner menyertai rakan baru, Hakim Ziyech, dalam aksi di Stadium Amex itu. 

Bekas pemain Ajax, Ziyech, membuat hantaran dengan kaki kiri dari sayap kanan dan biarpun Callum Hudson-Odoi gagal menyambut umpanan itu dengan kepalanya, ia membuka ruang buat Werner menyambar peluang terhidang tersebut untuk perlawanan berkesudahan 1-1. 

 

Pemain, yang merekodkan 28 gol dalam 34 perlawanan Bundesliga musim lalu itu menamatkan kempen di belakang penggempur Bayern Munich, Robert Lewandowski, daripada segi jaringan. 

Werner membuktikan sentuhan klinikal dan secara tidak langsung memberi bayangan akan memainkan peranan besar di bawah kendalian Frank Lampard dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020-21.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen