Wenger yakin dapat kekalkan Ozil di Arsenal

Oleh Penulis Jemputan 17 Disember 2017 442
Wenger yakin dapat kekalkan Ozil di Arsenal
Arsene Wenger meluahkan keyakinan terhadap keupayaan Arsenal untuk terus mengekalkan Mesut Ozil sebagai jawapan berhubung masa depan pemain tengah itu.

Timbul pelbagai spekulasi mengenai masa depan Ozil, bersama dengan Alexis Sanchez, sejak kebelakangan ini.

Kontrak pemain skuad antarabangsa Jerman itu tamat pada penghujung musim ini dan dia muncul penjaring gol kemenangan 1-0 Arsenal ke atas Newcastle United di Stadium Emirates, lewat malam tadi.

Gol menerusi voli yang mengagumkan itu mengakhiri tiga perlawanan liga tanpa kemenangan untuk skuad The Gunners.

Ditanya dalam sidang media selepas perlawanan adakah dia yakin dapat mengikat Ozil dengan perjanjian baru, Wenger menjawab: "Saya yakin, ya.

"Tetapi apa maksudnya? Saya tidak tahu."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen