Wenger: Prestasi Arsenal tergugat tanpa Cazorla

Oleh Stefan Coerts 25 November 2016 1
Wenger: Prestasi Arsenal tergugat tanpa Cazorla

Arsene Wenger mengakui ketiadaan Santi Cazorla telah menggugat prestasi Arsenal tetapi yakin mereka masih mampu bertahan tanpa kelibat pemain kelahiran Sepanyol itu.

Cazorla terlepas empat aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengalami kecederaan buku lali, sekaligus menyaksikan Arsenal kehilangan mata berharga dalam tiga perlawanan sebelum ini.

Mereka sedang mencari jalan untuk bangkit dalam pertemuan dengan Bournemouth pada Ahad dan Wenger berkata Cazorla bakal terlepas lebih banyak perlawanan penting buat musim ini.

"Cazorla merupakan pemain yang penting buat kami, dia mampu mengetuai jentera tengah pasukan dalam merencanakan serangan," ujar Wenger.

"Tetapi kami masih memiliki pemain yang berkualiti untuk mengisi kekosongan Cazorla."

Arsenal mendapat khidmat Granit Xhaka buat musim 2016-17 untuk mempertingkatkan mutu permainan Arsenal tetapi bekas pemain Borussia Monchengladbach itu masih gagal untuk membiasakan diri dengan permainan di England.

Bagaimanapun, Wenger menjelaskan bahawa beliau berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain kebangsaan Switzerland itu.

"Saya sangat gembira menyaksikan komitmen yang dipamerkan oleh Xhaka.

"Saya berpendapat dia meningkat dengan baik. Mungkin masih kekurangan masa beraksi tetapi dia masih cuba untuk membiasakan diri dengan aksi liga yang berbeza, cara permainan dalam EPL."

 

Tentang Penulis

Stefan Coerts

Komen