Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, berkata The Gunners perlu menawarkan kontrak yang lumayan untuk memastikan Mesut Ozil terus kekal di Stadium Emirates.

Kontrak asal Ozil akan tamat pada 2018 tetapi pemain kebangsaan Jerman itu mahu memperbaharui kontraknya untuk terus bersama kelab London itu.

Pemain berusia 28 tahun itu mahu membantu Arsenal memenangi takhta Liga Perdana Inggeris.

Wenger menjelaskan mereka perlu menyediakan tawaran yang lumayan bagi memastikan Ozil tidak berhijrah ke kelab lain.

"Dia mahu terus bersama kami, Arsenal mampu memenangi gelaran, kami bersaing dengan Manchester City, Manchester United, Liverpool, Tottenham, dan Chelsea. Semua pasukan memiliki peluang yang sama.

"Kami mahu menyimpan pemain terbaik kami, mereka mampu membantu pasukan melakar kejayaan."