Wenger anggap Ozil sebagai permata 

Oleh Penulis Jemputan 17 Disember 2017 989
Wenger anggap Ozil sebagai permata 
ARSENAL 1 NEWCASTLE UNITED 0

Arsene Wenger memuji persembahan Mesut Ozil selepas pemain itu muncul penjaring gol tunggal dalam kemenangan 1-0 Arsenal ke atas Newcastle United di Stadium Emirates, lewat malam tadi.


Skuad The Gunners gagal memenangi tiga perlawanan liga sebelum ini tetapi mendahului aksi selepas 23 minit apabila Ozil melakukan voli mengagumkan.

Peluang seterusnya untuk menjadikan kedudukan lebih selesa dipersia-siakan, bagaimanapun cukup untuk menggagalkan usaha Newcastle melonjak daripada kelompok tiga terbawah.

Wenger berkata: "Kami mencipta peluang untuk berada lebih selesa dan dalam tempoh lima minit yang terakhir, kami menjadi agak bertahan.

"Kami tidak membuat kesilapan di belakang, anda dapat lihat bahawa keperluan untuk menang adalah lebih kepada mental pemain kami pada penghujung perlawanan. Hakikatnya juga bahawa kami tidak dapat memanfaatkan peluang gol kami. Kami telah berusaha keras.

Mengenai jaringan Ozil, dia berkata: "Ia adalah gol yang cantik, saya gembira dengan dia kerana itulah yang kita mahukan daripadanya. Ia adalah gol yang hebat.

Jurulatih Newcastle, Rafael Benitez, kini hanya meraih satu mata daripada sembilan perlawanan terakhir yang meletakkan mereka di zon penyingkiran -- satu mata di belakang zon selamat. 

Benitez berkata: "Kami mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Kami berusaha keras dan menyerang, namun kami tidak bernasib baik. Kami sedang belajar. Dalam sesetengah perlawanan, kami ketinggalan satu gol di belakang.

"Kami tahu ia mungkin sukar. Kami sepatutnya meraih keputusan seri atau menang daripada dua atau tiga perlawanan. Kami perlu bersaing seperti hari ini dan terus ke depan, kami adalah pasukan muda.

"Kami perlu terus berusaha seperti ini, cuba dapatkan keputusannya. Pada bulan depan, kami akan cuba membawa masuk pemain.

"Peminat tahu pasukan akan lebih sukar dan mereka tahu kami memerlukan sesuatu pada Januari -- yang akan membantu skuad kini."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen