Veltman sertai Brighton

Oleh Ammar Hakim 30 Julai 2020 215
Veltman sertai Brighton
Brighton and Hove Albion menandatangani pemain kebangsaan Belanda, Joel Veltman, dari Ajax dengan kontrka selama tiga tahun.

Pemain pertahanan itu menjadi pemain terbaru Brighton sejak ketibaan Adam Lallana dari Liverpool.

Veltman merupakan produk akademi Ajax dan mengambil bahagian dalam tiga kejayaan Eredivisie yang diperoleh pasukan itu.

Pemain berusia 28 tahun itu turut beraksi dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) 2018-19, namun dihimpit kecederaan sejuk dua musim yang lalu.
   
Ketua jurulatih Brighton, Graham Potter berkata, "Kami sangat gembira dengan kehadiran Joel ke dalam kelab.

"Dia memiliki pengalaman yang cemerlang ketika bersama Ajax -- termasuk dalam saingan UCL -- dan semestinya bersama skuad kebangsaan England.

"Dia seorang pertahanan yang cemerlang yang mampu beraksi di posisi kanan dan tengah.

"Veltman sudah bersedia untuk menghadapi saingan di EPL. Kami sangat gembira dia kini bergelar pemain Brighton."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen