Donny van de Beek tidak seharusnya menyertai Manchester United selepas bergelut mendapatkan masa bermain di Old Trafford, tegas legenda Belanda, Marco van Basten.

Van de Beek masih belum diturunkan dalam kesebelasan utama perlawanan Liga Perdana Inggeris sejak berhijrah dari juara Eredivisie Ajax pada permulaan musim ini.

Tidak diturunkan ketika seri tanpa jaringan dengan Chelsea, Van de Beek sekadar beraksi selama 60 minit dalam empat perlawanan EPL di tengah keraguan yang semakin meningkat di Manchester.

Van de Beek, yang sebelum ini dijangka menyertai Real Madrid, bermain pada dua minit terakhir kemenangan United dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Paris Saint-Germain (PSG), sementara pemain berusia 23 tahun itu turun dalam saingan Piala EFL, menjaringkan gol daripada bangku simpanan ketika aksi pembukaan EPL.

Bekas legenda Ajax, Milan dan Belanda, Van Basten membincangka mengenai situasi Van de Beek di Theatre of Dreams.

"Donny tidak seharusnya menyertai Manchester United," kata Van Basten. "Apabila adalah seorang pemain berkualiti, anda mahu bermain setiap minggu.

"Ia adalah sesuatu yang tidak baik buat pemain seperti Donny yang sekadar beraksi enam atau tujuh perlawanan tahun ini. Ia akan mengejutkan rentak perlawanan anda.

"Saya mengetahui dia telah meraih gaji yang lumayan berbanding sebelum ini.

"Tetapi sebagai pemain berkualiti anda perlu lebih kritikal dan melihat peluang untuk bermain ketika menandatangani bersama kelab baru.

"Donny seharusnya menunggu prospek yang lebih baik dan bersama kelab lain."

Pilihan pemain tengah Ole Gunnar Solskjaer adaah termasuk bintang seperti Bruno Fernandes, Paul Pogba, Fred, Nemanja Matic dan Scott McTominay.

Solskjaer lebih memilih gandingan Fred dan McTominay di belakang Fernandes dalam perlawanan berdepan Chelsea, PSG dan Newcastle United, di mana Pogba hadir sebagai pemai gantian.