Tuduhan buat pemain bola sepak tidak adil -- Solskjaer

Oleh Nafis Abdullah 8 April 2020 757
Tuduhan buat pemain bola sepak tidak adil -- Solskjaer
Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, berkata tidak adil untuk menyalahkan pemain bola sepak ketika krisis global susulan wabak coronavirus.

Minggu lalu, Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock, menggesa pemain dalam Liga Perdana Inggeris menerima poongan gaji dan memainkan perananan tatkala dia mendakwa pemain elit serta bayaran tinggi tidak cukup membantu.

Kenyataan Hancock itu hadir selepas kritikan diterima beberapa kelab seperti Tottenham Hotspur, Newcastle United dan Liverpool, yang meminta agar mendapat bantuan skim kerajaan walaupun meraih keuntungan besar berbanding perniagaan lain tetapi The Reds kemudian mengubah pendirian dan meminta maaf atas kata putus yang salah.

Namun, beberapa kapten daripada kelab Liga Perdana Inggeris dikatakan telah memulakan perbincangan mengenai cara untuk pemain membantu ketika proses tempoh berkurung di Britain sebelum Hancock menyuarakan pandangannya.

Solskjaer berpendapat pemain bola sepak adalah sasaran mudah dan menegaskan mereka perlukan masa untuk mencapai penyelesaian terbaik.

"Bagi saya, tidak adil untuk menuding jari ke arah mana-mana individu atau pemain bola sepak sebagai satu kumpulan kerana saya tahu mereka banyak melakukan kerja-kerja amal. Mereka juga banyak membantu dalam situasi ini," katanya.

"Perbincangan telah dilakukan di antara pemain dan kelab mengenai sumbangan yang boleh diberikan. Tidak mudah untuk semua dan ia tampak tidak adil. Itu pendapat saya.

"Kesilapan dilakukan oleh semua orang dan daripada situ mereka akan belajar. Kini, tiba masa untuk membuat keputusan tepat. Saya fikir kami semua mahu membantu NHS, penduduk dan penting untuk semua kelab lakukan apa yang difikirkan tepat.

"Kami semua adalah orang baik dan saya pasti kami mahu tamatkan situasi ini secepat mungkin. Bagi saya, ia tentang panduan daripada kerajaan.

"Kami menjadi conth. Kadangkala, kami adalah wira dalam bola sepak. Ketika ini, kami ke belakang. Wira utama adalah pekerja barisan hadapan yang bekerja keras. Saya fikir semua pihak menghargai dan mengagumi apa yang mereka lakukan."
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen