Thiago positif Covid-19

Oleh Ammar Hakim 30 September 2020 985
Thiago positif Covid-19
Pemain tengah Liverpool, Thiago Alcantara, telah diuji positif coronavirus, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengumumkannya semalam.

Thiago terlepas kemenangan 3-1 ke atas Arsenal dan, menurut Liverpool, telah menunjukkan simptom-simptom kecil.

Kelab itu turut menjelaskan pemain kebangsaan Sepanyol itu kini semakin pulih.

Doktor skuad utama, Jim Moxon berkata, "Ia adalah pilihan setiap individu sama ada mereka menyatakan secara terbuka hasil ujian COVID-19.

"Kami telah mengikuti semua protokol dan ia menjelaskan Thiago dalam keadaan yang baik. Dia akan mengasingkan diri sekarang mengikut panduan dan mudah-mudahan dia akan segera kembali bersama kami."
 


 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen