Sterling puas pintas Liverpool

Oleh Penulis Jemputan 5 November 2018 739
Sterling puas pintas Liverpool
Raheem Sterling menyifatkan kemenangan 6-1 Manchester City ke atas Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) amat penting apabila memintas Liverpool yang seri dengan Arsenal kelmarin.

Sterling mencetak gol ke-50 buat kelab selepas meledak dua gol ketika membantu City meraih kemenangan bergaya, dengan Sergio Aguero, David Silva dan Leroy Sane turut mencipta nama sebagai penjaring gol perlawanan semalam.

Kemenangan itu meletakkan City mendahului Liverpool yang seri 1-1 dengan Arsenal dengan kelebihan dua mata, dan Sterling berpuas hati apabila menggunakan kesempatan untuk memintas bekas kelabnya.

"Selepas Liverpool terlepas dua mata, ia amat penting buat kami meraih kemenangan," katanya.

"Kami telah mempamerkan persembahan terbaik dalam memastikan tiga mata berjaya diraih."

Sane meledak gol ketiganya musim ini dan kedua dalam tiga perlawanan EPL tetapi mengakui tuah sememangnya memihak City buat ketika ini.

"Saya sangat bertuah kerana mengakhiri perlawanan dengan jaringan gol," kata Sane.

"Saya telah cuba menjaringkan gol tetapi keseluruhan pasukan mempamerkan aksi terbaik.

"Kami sedang meneruskan apa yang dilakukan musim ini dan menikmati beraksi bersama. Ia sangat penting untuk kekal di atas," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen