Gareth Southgate berpendapat Raheem Sterling menunjukkan keberaniannya dalam berbincang secara terbuka mengenai isu perkauman dalam bola sepak.

Ketika Manchester City mengalami kekalahan kepada Chelsea di Stamford Bridge awal bulan ini, Sterling telah menjadi mangsa isu perkauman.

Chelsea telah menggantung empat penyokong sementara menunggu siasatan lanjut dan selepas peristiwa itu, penyerang England itu memberikan pesanan melalui Instagram untuk menunjukkan liputan media mengenai pemain bola sepak muda yang berkulit hitam, dan menganggap "isu perkauman adalah bahan pembakar kelakuan agresif".

Pengurus England itu percaya Sterling harus dipuji kerana menegakkan perkara berkenaan dan cuba mengetengahkannya kepada umum.

"Mudah buat saya untuk bercakap apa yang dirasai oleh Sterling dan dia telah menunjukkan keberanian dalam mengetengahkan isu ini," katanya.

"Kita dapat melihat insiden melihatkan perkauman sejak beberapa bulan lalu dan ia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan perkara sebegini seharusnya tidak berlaku

"Bola sepak adalah cerminan masyarakat tetapi sesetengah pihak menggunakan platfom ini untuk mencetuskan isu perkauman.

"Kami perlu lebih proaktif dalam menangani masalah ini supaya ia tidak lagi berlaku pada masa akan datang."