Penyerang Tottenham, Son Heung-min, melengkapkan khidmat tentera dan telah diberikan anugerah di Korea Selatan.

Son kembali ke Korea selepas musim Liga Perdana Inggeris (EPL) ditangguh Mac lalu ekoran pandemik koronavirus.

Pemain berusia 27 tahun itu mengambil peluang untuk melengkapkan tiga minggu latihan ketenteraan bersama unit tentera laut di Jeju.

Para pegawai memberitahu Agensi Berita Yonhap bahawa Son telah dianugerahkan 'Pilsung' kerana menjadi salah seorang individu yang menyerlah, terutama sekali dengan kemahirannya menggunakan senjata.



Son dijangka kembali ke London minggu hadapan ketika kelab sedang menantikan perkhabaran untuk kembali beraksi.

Bintang Korea Selatan, Son, telah dikecualikan daripada khidmat ketenteraan selama 21 bulan selepas memastikan skuad kebangsaan meraih pingat emas dalam Sukan Asia dua tahun lalu.

Bekas pemain Bayer Leverkusen itu mengalami kecederaan patah tangan pada Februari dan kini sudah bersedia untuk kembali beraksi apabila saingan bersambung.