Solskjaer puji aksi hebat Pogba

Oleh Muzaffar Musa 18 Disember 2020 572
Solskjaer puji aksi hebat Pogba
Ole Gunnar Solskjaer gembira dengan prestasi Paul Pogba dalam kemenangan 3-2 Manchester United ke atas Sheffield United awal pagi tadi.

Pogba mencetuskan jaringan Anthony Martial di Bramall Lane ketika United menjadi pasukan keempat merekodkan 10 kemenangan berturut-turut di gelanggang lawan sepanjang sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Hanya Alex Telles (96) mempunyai sentuhan bola lebih tinggi berbanding Pogba (91) dalam perlawanan itu dan pemain kebangsaan Perancis berkenaan turut memenangi tiga daripada enam pertarungan di udara selain memenangi bola sebanyak lapan kali.

Pengurus United, Solskjaer, memuji Pogba, yang sedang hangat dikaitkan untuk meninggalkan pasukan gergasi EPL itu.

"Kami membuat keputusan itu. Sudah pasti kami sedar kekuatan (Pogba) di udara. Kami sedar dia akan menjadi pemain penting buat kami. Dia memenangi hampir semua tandukan," katanya dalam sidang media.

"Visinya dan kreativiti. Paul memberikan respons dengan amat baik terhadap usaha yang dilakukannya. Dia kini cergas. Persembahan yang hebat."

Marcus Rashford menjaringkan gol berganda yang mengapit jaringan Martial manakala Mason Greenwood merupakan satu-satunya pemain United melakukan percubaan berulang kali.
 
Solskjaer berharap gandingan tiga pemain itu dapat membina prestasi dengan Rashford telah menjaringkan lima gol daripada enam penampilan liga di gelanggang lawan musim ini.

"Saya tidak fikir ia sebagai kunci untuk menurunkan mereka, ia adalah kunci untuk mereka membina prestasi. Kami memerlukan mereka untuk memulakannya, mula menjaringkan gol.

"Kami masih beraksi baik tanpa mereka menjaringkan banyak gol. Mereka telah membuktikan kemampuan mereka dan perlu beraksi lebih tekal. Kami gembira dengan ketiga-tiga mereka," katanya lagi.

United -- yang kini berada di tangga keenam liga dengan ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Liverpool, dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan -- akan menantikan kunjungan Leeds United menjelang perlawanan hujung minggu ini.


 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen