NORWICH 1 MAN UNITED 3

Ole Gunnar Solskjaer percaya Manchester United tidak seharusnya diberikan sepakan penalti ketika berdepan Norwich City selepas satu lagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) diselubungi keputusan video bantuan pengadil (VAR) yang penuh kontroversi.


United diberikan dua sepakan penalti di Carrow Road awal pagi tadi tetapi Marcus Rashford dan Anthony Martial kedua-duanya gagal menewaskan Tim Krul.

Rashford dan Martial, bagaimanapun, berjaya meledak gol, namun skuad kendalian Solskjaer itu mendahului jaringan menerusi Scott McTominay untuk memenangi perlawanan 3-1 -- kemenangan pertama di tempat lawan dalam saingan liga selepas percubaan kali kesembilan.

Kedua-dua penalti telah diberikan oleh VAR, yang turut menjadi sebahagian besar dalam aksi melibatkan Arsenal dengan Crystal Palace, yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2, manakala sistem itu mencetus kontroversi semalam ketika memberikan sepakan penalti kepada Brighton and Hove Albion ketika berdepan Everton.

Penalti pertama United hadir apabila Daniel James dan Ben Godfrey bertembung manakala Solskjaer berasakan penalti kedua the Red Devils itu diberikan apabila bola terkena tangan Todd Cantwell, namun beliau mempersoalkan keberkesanannya.

"Saya tidak mahu bercakap terlalu banyak tentang VAR. Saya tidak berpuas hati dengan keputusan penalti pertama kami," kata Solskjaer kepada BBC Sport.

"Yang kedua sememangnya adalah penalti tetapi kedua-duanya harus diambil semula kerana penjaga gol lawan seela melepasi garisannya. Kami bercakap mengenainya sekali lagi.

"VAR ditugaskan untuk membantu tetapi mengambil masa terlalu lama, ia tidak jelas dan sememangnya satu kesilapan. Apabila mengambil masa terlalu lama, ia adalah petanda ia tidak seharusnya diberikan."

Prestasi United mula meningkat sejak tamat perlawanan antarabangsa, dengan skuad kendalian Solskjaer itu seri 1-1 ketika berdepan pendahulu liga, Liverpool, Ahad lalu.

"Saya telah dikecewakan dengan keputusan itu," tambah Solskjaer. "Ini merupakan minggu yang positif buat United. Ia bermula dengan persembahan cemerlang ketika berdepan Liverpool dan kini dua kemenangan di tempat lawanan. Ia memberikan keyakinan dan momentum kepada pemain.

Martial -- yang kembali pulih daripada kecederaan paha -- menjaringkan dua gol ketika berdepan Partizan Belgrade dan Norwich.

"Kami amat memerlukan khidmatnya. Dia adalah pemain yang penting bagi kami dan Rashford turut tampil cemerlang ketika beraksi di bahagian sayap dan tengah.

"Kami membalas dengan permainan positif selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti.

"Jaringan ketiga sangat berkualiti. Kami perlu melakukan lebih lagi selepas ini."